-
Markus 5:38-43Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
38 Semasa mereka tiba di rumah Yairus, Yesus mendapati suasana di situ kecoh. Ada orang yang meratap dan menangis dengan kuat.+ 39 Selepas dia masuk, dia berkata, “Mengapakah suasana di sini kecoh dan mengapakah kamu semua menangis? Gadis ini tidak mati, dia hanya tidur.”+ 40 Orang di situ pun mentertawakannya. Setelah Yesus menyuruh mereka semua keluar, dia membawa ibu bapa anak itu serta murid-muridnya ke tempat anak itu berbaring. 41 Dia memegang tangan gadis itu dan berkata kepadanya, “Talita kumi,” yang bererti “Gadis kecil, aku berkata kepada kamu, bangunlah!”+ 42 Anak perempuan itu segera bangun dan mula berjalan. (Umurnya 12 tahun.) Pada saat itu, ibu bapanya tidak dapat mengawal perasaan kerana mereka terlalu gembira. 43 Tetapi Yesus berulang kali* mengingatkan mereka supaya tidak memberitahu orang lain tentang hal itu.+ Kemudian dia menyuruh mereka untuk memberi gadis itu makanan.
-