PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 42:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Dia tidak akan berteriak atau meninggikan suara.

      Suaranya tidak akan kedengaran di jalan-jalan.+

  • Matius 12:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Setelah Yesus mengetahui hal itu, dia meninggalkan tempat tersebut. Ramai orang mengikutnya,+ dan dia menyembuhkan semua orang yang sakit. 16 Tetapi dia memberikan amaran tegas kepada mereka supaya tidak memberitahu orang lain tentangnya.+

  • Markus 1:44, 45
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 44 “Jangan beritahu sesiapa pun tentang hal ini. Pergilah berjumpa dengan imam. Kemudian, persembahkanlah korban mengikut arahan dalam Hukum Musa+ untuk membuktikan kepada para imam bahawa kamu sudah sembuh.”+ 45 Tetapi selepas lelaki itu beredar dari sana, dia asyik bercakap tentang peristiwa itu dan menyebarkannya ke merata tempat. Oleh itu, Yesus tinggal di tempat yang sunyi kerana dia tidak dapat masuk ke dalam kota secara terbuka. Namun demikian, orang ramai dari pelbagai tempat masih datang kepadanya.+

  • Markus 7:35, 36
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 Pada masa itu juga, daya pendengaran lelaki itu dipulihkan dan masalah pertuturannya pun tiada lagi.+ Dia dapat bercakap seperti biasa. 36 Yesus melarang mereka memberitahu sesiapa pun tentang hal itu.+ Tetapi semakin dia melarang, semakin mereka menyebarkannya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi