34 Oleh itu, aku akan mengutus nabi,+ orang bijak, dan guru kepada kamu.+ Beberapa orang antara mereka akan kamu bunuh+ dan gantung pada tiang. Ada yang akan kamu cambuk+ di rumah ibadat dan ada pula yang akan kamu aniaya+ dari kota ke kota.
9 “Kamu mesti berjaga-jaga. Orang akan membawa kamu ke mahkamah,+ dan kamu akan dipukul di rumah ibadat.+ Kamu akan dihadapkan kepada gabenor dan raja kerana aku. Maka kamu akan berpeluang untuk memberikan kesaksian kepada mereka.+
12 “Tetapi sebelum semua ini berlaku, orang akan menangkap dan menganiaya kamu.+ Kamu akan diserahkan untuk diadili di rumah ibadat lalu dipenjarakan. Kamu akan dihadapkan kepada raja-raja dan gabenor kerana namaku.+13 Pada masa itu, kamu akan berpeluang untuk memberikan kesaksian.