-
Lukas 7:24-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Selepas murid-murid Yohanes beredar, Yesus bertanya kepada orang ramai tentang Yohanes, “Semasa kamu ke padang belantara, apakah yang mahu kamu lihat? Rumput yang ditiup angin?+ 25 Jika tidak, apakah yang mahu kamu lihat? Seseorang yang berpakaian mewah?+ Orang yang berpakaian mahal dan hidup mewah berada di istana. 26 Sebenarnya, apakah tujuan kamu keluar? Untuk melihat seorang nabi? Ya, sesungguhnya Yohanes jauh lebih besar daripada seorang nabi.+ 27 Mengenai dia, ada tertulis, ‘Lihatlah! Aku akan menghantar utusan-Ku di hadapanmu. Dia akan membuka jalan bagimu.’+ 28 Aku berkata kepada kamu: Antara orang yang dilahirkan, tiada yang lebih besar daripada Yohanes. Namun, orang yang berkedudukan rendah dalam Kerajaan Tuhan lebih besar daripadanya.”+
-