-
Markus 7:18-23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Jadi dia berkata kepada mereka, “Adakah kamu semua juga tidak faham seperti mereka? Tidakkah kamu sedar bahawa tiada apa-apa yang masuk ke dalam mulut seseorang dapat menajiskannya? 19 Hal ini demikian kerana apa yang masuk itu tidak masuk ke dalam hati tetapi masuk ke dalam perut lalu keluar dari tubuh.” Dengan demikian, dia menyatakan bahawa semua makanan tidak najis. 20 Dia menyambung, “Apa yang keluar daripada seseorang dapat menajiskannya,+ 21 kerana dari dalam, iaitu dari hati,+ timbul fikiran-fikiran jahat yang menyebabkan seseorang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral,* mencuri, membunuh, 22 berzina, bersikap tamak, berbuat jahat, memperdaya, berkelakuan buruk tanpa rasa malu,* iri hati,* mengucapkan kata-kata hinaan, bersikap sombong, dan tidak munasabah. 23 Semua perkara jahat ini timbul dari dalam dan itulah yang menajiskan seseorang.”
-