PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 8:13-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Selepas itu dia meninggalkan mereka. Sekali lagi dia menaiki perahu dan pergi ke seberang tasik.

      14 Tetapi murid-muridnya lupa membawa roti dan hanya ada seketul roti di dalam perahu.+ 15 Ketika itu, Yesus memberikan amaran kepada mereka, “Berwaspadalah dan berjaga-jagalah terhadap ragi orang Farisi dan ragi Herodes.”+ 16 Maka mereka mula bertengkar sesama sendiri kerana tidak membawa roti. 17 Yesus mengetahui apa yang terjadi lalu berkata, “Mengapakah kamu bertengkar tentang roti yang kamu lupa bawa? Adakah kamu masih belum mengerti dan faham? Adakah hati kamu masih tidak mengerti? 18 ‘Kamu mempunyai mata, tetapi mengapa kamu tidak dapat melihat? Kamu mempunyai telinga, tetapi mengapa kamu tidak dapat mendengar?’ Tidakkah kamu ingat: 19 Semasa aku membahagi-bahagikan lima ketul roti+ untuk 5,000 orang lelaki, baki roti yang kamu kumpulkan telah mengisi berapa buah bakul?” Mereka berkata, “Dua belas.”+ 20 “Semasa aku membahagi-bahagikan tujuh ketul roti untuk 4,000 orang lelaki, baki roti yang kamu kumpulkan telah mengisi berapa buah bakul besar?” Mereka berkata, “Tujuh.”+ 21 Maka dia berkata kepada mereka, “Adakah kamu masih belum faham?”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi