PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 9:17-29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Salah seorang daripada orang ramai itu menjawab, “Guru, aku membawa anak lelakiku kepada Guru. Dia bisu kerana dirasuk roh jahat.+ 18 Setiap kali roh jahat itu menyerangnya, anakku akan dihempaskan ke tanah. Mulutnya akan berbuih-buih dan dia akan menggertakkan giginya serta menjadi lemah. Aku meminta murid-muridmu mengusir roh itu, tetapi mereka tidak dapat melakukannya.” 19 Yesus berkata kepada mereka, “Hai generasi yang tidak beriman,+ berapa lamakah aku mesti terus bersama kamu? Berapa lamakah aku mesti bersabar dengan kamu? Bawalah dia kepadaku.”+ 20 Maka mereka membawa budak lelaki itu kepadanya. Tetapi sebaik sahaja roh itu nampak Yesus, roh itu menyebabkan budak itu terkejang-kejang dan menggigil, lalu jatuh terguling-guling di tanah. Mulutnya juga berbuih. 21 Maka Yesus bertanya kepada bapa budak itu, “Sudah berapa lama hal ini berlaku kepadanya?” Dia menjawab, “Sejak kecil lagi. 22 Roh itu sering membuangnya ke dalam api dan air untuk membunuhnya. Tetapi jika Guru dapat menyembuhkannya, kasihanilah kami dan tolonglah kami.” 23 Yesus berkata kepada dia, “Mengapakah kamu berkata, ‘Jika Guru dapat’? Tiada apa-apa yang mustahil bagi orang yang beriman.”+ 24 Bapa budak kecil itu segera berseru, “Aku beriman! Bantulah aku untuk menguatkan imanku!”+

      25 Yesus nampak bahawa orang ramai sedang berlari ke arah mereka. Maka dia menegur roh jahat itu, “Roh bisu dan pekak, aku memerintahkan kamu agar keluar daripada budak ini dan jangan memasukinya lagi!”+ 26 Roh jahat itu menjerit dengan kuat dan menyebabkan budak itu menggigil dan terkejang-kejang. Selepas roh itu keluar, budak itu terbaring seolah-olah sudah mati. Maka kebanyakan orang di situ berkata, “Dia sudah mati!” 27 Tetapi Yesus memegang tangannya dan menolongnya bangun. Maka dia pun berdiri. 28 Kemudian, Yesus masuk ke dalam sebuah rumah. Semasa tiada orang lain di situ, murid-muridnya bertanya kepadanya, “Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?”+ 29 Dia menjawab, “Roh jahat sebegitu hanya dapat diusir dengan doa.”

  • Lukas 9:38-42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi