PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Markus 10:13-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Kemudian orang mula membawa kanak-kanak kepada Yesus agar dia meletakkan tangannya ke atas mereka, tetapi murid-muridnya memarahi mereka.+ 14 Ketika Yesus nampak hal itu, dia naik marah lalu berkata, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepadaku. Jangan mencuba menghalang mereka, kerana Kerajaan Tuhan akan menjadi milik orang seperti mereka.+ 15 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Sesiapa yang tidak menerima Kerajaan Tuhan seperti seorang kanak-kanak, tidak akan masuk ke dalamnya.”+ 16 Lalu Yesus memeluk semua kanak-kanak di situ dan mula memberkati mereka sambil meletakkan tangannya ke atas mereka.+

  • Lukas 18:15-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Pada masa itu, ada orang membawa anak-anak kecil* kepada Yesus supaya dia meletakkan tangannya ke atas mereka. Tetapi murid-murid Yesus melihat hal ini lalu memarahi mereka.+ 16 Namun, Yesus menyuruh agar anak-anak* itu dibawa kepadanya dan berkata, “Biarlah kanak-kanak itu datang kepadaku. Jangan mencuba menghalang mereka, kerana Kerajaan Tuhan akan menjadi milik orang seperti mereka.+ 17 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Sesiapa yang tidak menerima Kerajaan Tuhan seperti seorang kanak-kanak, tidak akan masuk ke dalamnya.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi