-
Matius 9:27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Kemudian Yesus beredar dari situ. Dalam perjalanan, dua orang buta+ mula mengikutnya. Mereka berseru, “Kasihanilah kami, hai Anak Daud.”
-
-
Markus 10:46-52Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
46 Kemudian mereka tiba di Yerikho. Semasa Yesus dan murid-muridnya meninggalkan Yerikho bersama ramai orang, terdapat seorang pengemis buta yang sedang duduk di tepi jalan. Namanya Bartimeus anak Timeus.+ 47 Ketika dia mendengar bahawa Yesus, orang Nasaret itu, sedang lalu di situ, dia mula berseru, “Hai Yesus, Anak Daud,+ kasihanilah aku!”+ 48 Ramai orang dengan tegas menyuruhnya diam. Tetapi dia berseru dengan lebih kuat lagi, “Anak Daud, kasihanilah aku!” 49 Jadi Yesus berhenti dan berkata, “Panggillah dia ke sini.” Lalu mereka memanggil lelaki buta itu sambil berkata, “Teguhkanlah hatimu! Bangunlah, dia sedang memanggilmu.” 50 Maka lelaki buta itu membuang jubah luarnya dan segera bangun lalu pergi kepada Yesus. 51 Yesus berkata kepadanya, “Apakah yang kamu ingin aku lakukan untuk kamu?” Lelaki buta itu berkata, “Rabboni,* pulihkanlah penglihatanku.” 52 Maka Yesus berkata kepadanya, “Pergilah. Kamu sembuh kerana kamu beriman.”+ Dengan serta-merta penglihatannya pulih,+ lalu dia mula mengikut Yesus dalam perjalanannya.
-