-
Lukas 13:6-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Kemudian dia menceritakan perumpamaan ini: “Seorang lelaki telah menanam pokok ara di ladang anggurnya. Semasa dia mencari buah pada pokok itu, dia tidak menjumpai sebiji buah pun.+ 7 Maka dia berkata kepada pekerja di ladang itu, ‘Sudah tiga tahun aku mencari buah pada pokok ara ini tetapi tidak menjumpai sebiji buah pun. Tebang sahajalah pokok ini! Apa gunanya pokok ini tumbuh di atas tanah tetapi tidak menghasilkan buah?’ 8 Pekerja itu menjawab, ‘Tuan, biarlah pokok ini hidup satu tahun lagi. Aku akan menggali tanah di sekelilingnya dan menabur baja. 9 Selepas itu, jika pokok ini menghasilkan buah, baguslah. Jika tidak, biarlah pokok ini ditebang.’”+
-