PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 9:7, 8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Aku akan mengusir orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepada mereka.+ Rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku.+ Aku akan memastikan bahawa mereka menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+ 8 Rumah ini akan menjadi timbunan batu+ dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang dan menggelengkan kepala* sambil bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+

  • Yeremia 12:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 “Aku telah meninggalkan Rumah-Ku.+ Aku telah mengabaikan harta warisan-Ku.+

      Aku telah menyerahkan umat-Ku yang tersayang ke dalam tangan musuh-musuh mereka.+

  • Yeremia 22:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 “‘Tetapi jika kamu mengingkari firman-Ku ini, Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, ‘bahawa istana ini akan menjadi reruntuhan.’+

  • Matius 21:43
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 43 Inilah sebabnya aku berkata kepada kamu bahawa Kerajaan Tuhan akan diambil daripada kamu dan diserahkan kepada bangsa yang melakukan kehendak Tuhan.

  • Lukas 21:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 “Namun, apabila kamu nampak Yerusalem dikepung oleh tentera,+ ketahuilah bahawa kota itu akan dimusnahkan dengan segera.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi