-
Markus 13:28-31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 “Belajarlah daripada perumpamaan tentang pokok ara: Sebaik sahaja dahan muda yang lembut mula mengeluarkan daun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat.+ 29 Demikian juga, apabila kamu melihat semua perkara ini berlaku, ketahuilah bahawa dia sudah berada di ambang pintu.+ 30 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu bahawa generasi ini tidak akan lenyap sehingga semua perkara ini berlaku.+ 31 Langit dan bumi akan lenyap,+ tetapi kata-kataku tidak akan lenyap sama sekali.+
-
-
Lukas 21:29-33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
29 Kemudian, Yesus menceritakan perumpamaan berikut kepada mereka: “Perhatikanlah pokok ara dan semua pokok yang lain.+ 30 Sebaik sahaja kamu melihat pokok mula berdaun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. 31 Demikian juga, apabila kamu melihat perkara-perkara ini berlaku, ketahuilah bahawa Kerajaan Tuhan sudah dekat. 32 Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Generasi ini tidak akan lenyap sehingga semua perkara ini berlaku.+ 33 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi kata-kataku tidak akan lenyap sama sekali.+
-