-
Markus 14:12-16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi,+ iaitu semasa orang biasanya mempersembahkan korban untuk Perayaan Paska,+ murid-muridnya bertanya, “Di manakah Guru mahu kami membuat persiapan untuk jamuan Paska?”+ 13 Maka Yesus mengutus dua orang muridnya dan berkata kepada mereka, “Pergilah ke kota dan kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa sebuah tembikar air. Ikutlah dia+ 14 sehingga dia masuk ke dalam sebuah rumah. Kemudian, katakanlah kepada tuan rumah itu, ‘Guru bertanya, “Di manakah bilik yang dapat aku gunakan untuk makan jamuan Paska bersama murid-muridku?”’ 15 Dia akan menunjukkan sebuah bilik besar di tingkat atas yang sudah disediakan dan yang lengkap dengan perabot. Sediakanlah jamuan Paska untuk kita di situ.” 16 Maka kedua-dua murid itu pergi ke kota dan mendapati semuanya berlaku seperti yang telah dikatakan oleh Yesus kepada mereka. Selepas itu, mereka membuat persiapan untuk menyambut Perayaan Paska.
-
-
Lukas 22:7-13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Pada Perayaan Roti Tidak Beragi, semasa binatang untuk Perayaan Paska dikorbankan,+ 8 Yesus berkata kepada Petrus dan Yohanes, “Pergilah dan sediakanlah jamuan Paska untuk kita.”+ 9 Mereka berkata kepadanya, “Di manakah Guru mahu kami membuat persiapan?” 10 Dia berkata kepada mereka, “Lihatlah! Semasa kamu masuk ke kota, kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang membawa sebuah tembikar air. Ikutlah dia ke dalam rumah yang dimasukinya+ 11 dan beritahulah tuan rumah itu, ‘Guru bertanya kepadamu, “Di manakah bilik yang dapat aku gunakan untuk makan jamuan Paska bersama murid-muridku?”’ 12 Dia akan menunjukkan sebuah bilik besar di tingkat atas yang lengkap dengan perabot. Sediakanlah jamuan Paska di situ.” 13 Maka mereka bertolak dan mendapati semuanya berlaku seperti yang telah dikatakannya kepada mereka. Kemudian mereka membuat persiapan untuk menyambut Perayaan Paska.
-