21 Pada masa itu, Simon yang berasal dari Kirene lalu di situ. Dia merupakan bapa kepada Aleksander dan Rufus, dan dia baru datang dari desa. Askar-askar mengarahkannya untuk mengangkat tiang seksaan* Yesus.+
26 Semasa mereka membawa Yesus keluar dari situ, mereka menangkap Simon, orang Kirene yang baru datang dari desa. Mereka meletakkan tiang seksaan* Yesus pada bahu Simon dan menyuruh dia memikul tiang itu sambil berjalan di belakang Yesus.+