PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 4:1-10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Kemudian Yesus dipimpin oleh kuasa suci Tuhan ke padang belantara dan di sana Iblis menggodanya.+ 2 Setelah berpuasa selama 40 hari dan 40 malam, dia berasa lapar. 3 Pada masa itu, Si Penggoda+ datang dan berkata kepadanya, “Jika kamu anak Tuhan, suruhlah batu-batu ini menjadi roti.” 4 Tetapi Yesus menjawab, “Ada tertulis, ‘Manusia mesti hidup bukan dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Yehuwa.’”*+

      5 Kemudian Iblis membawa dia ke kota suci*+ lalu menempatkannya di puncak tembok* Rumah Tuhan.+ 6 Iblis berkata kepadanya, “Jika kamu anak Tuhan, terjunlah ke bawah, kerana ada tertulis, ‘Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya,’ dan, ‘Mereka akan menyambut kamu dengan tangan mereka supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.’”+ 7 Tetapi Yesus menjawab, “Ada tertulis juga, ‘Jangan menguji Yehuwa,* Tuhan kamu.’”+

      8 Kemudian Iblis membawanya ke sebuah gunung yang luar biasa tinggi dan menunjukkan kepadanya semua kerajaan dunia serta kegemilangannya.+ 9 Lalu Iblis berkata kepadanya, “Semua ini akan aku berikan kepadamu jika kamu sujud dan menyembah aku.”* 10 Yesus menjawab, “Pergilah Syaitan! Kerana ada tertulis, ‘Kamu mesti menyembah Yehuwa,* Tuhanmu,+ dan kamu mesti memberikan khidmat suci kepada Dia sahaja.’”+

  • Lukas 4:1-13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi