-
Lukas 8:28-30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
28 Apabila dia nampak Yesus, dia menjerit lalu bersujud di hadapannya dan berseru dengan suara yang lantang, “Hai Yesus, Anak Tuhan Yang Maha Tinggi, apa kena-mengena aku dengan kamu? Aku merayu kepadamu, janganlah seksa aku.”+ 29 (Hal ini demikian kerana Yesus telah memberikan perintah kepada roh-roh jahat untuk keluar daripada lelaki itu. Sudah banyak kali*+ mereka menguasai lelaki tersebut, dan sudah banyak kali orang mengawasi dia selepas merantai tangannya dan membelenggu kakinya. Tetapi dia memutuskan rantai dan belenggu itu lalu melarikan diri ke tempat-tempat yang sunyi di bawah pengaruh roh-roh jahat.) 30 Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah nama kamu?” Dia menjawab, “Namaku Legiun,”* kerana dia telah dirasuk banyak roh jahat.
-