PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Lukas 4:31-37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Kemudian dia pergi ke Kapernaum, sebuah kota di Galilea dan mengajar orang di situ pada hari Sabat.+ 32 Mereka sangat kagum dengan cara dia mengajar+ kerana dia bercakap dengan penuh kewibawaan. 33 Di rumah ibadat itu ada seorang lelaki yang dirasuk roh jahat. Dia berteriak dengan kuat,+ 34 “Apa kena-mengena kami denganmu, hai Yesus orang Nasaret?+ Adakah kamu datang untuk membinasakan kami? Aku tahu siapa kamu. Kamu Hamba Suci Tuhan.”+ 35 Yesus menegur roh jahat itu dan berkata, “Diamlah dan keluarlah daripada lelaki ini!” Selepas menghempaskan lelaki itu di tengah-tengah mereka, roh itu keluar tanpa mencederakannya. 36 Semua orang di situ hairan dan mula berbincang sesama sendiri. Mereka berkata, “Kata-katanya sungguh berwibawa dan berkuasa! Roh-roh jahat pun keluar atas perintahnya.” 37 Maka berita tentang Yesus tersebar ke seluruh pelosok daerah itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi