-
Matius 15:32-38Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Yesus memanggil murid-muridnya dan berkata, “Aku berasa kasihan terhadap orang ramai ini.+ Sudah tiga hari mereka bersamaku dan sekarang mereka telah kehabisan makanan. Aku tidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perut kosong, kerana mereka mungkin akan pengsan di tengah jalan.”+ 33 Tetapi murid-muridnya berkata, “Di tempat terpencil ini, di manakah kami dapat memperoleh roti yang cukup untuk begitu banyak orang?”+ 34 Jadi Yesus bertanya kepada mereka, “Berapa banyak roti yang kamu ada?” Mereka menjawab, “Tujuh ketul, dan beberapa ekor ikan kecil.” 35 Selepas dia menyuruh orang ramai duduk di atas tanah, 36 dia mengambil tujuh ketul roti dan ikan-ikan itu lalu mengucapkan syukur. Kemudian dia membahagikan makanan itu dan memberikannya kepada murid-muridnya untuk diedarkan kepada orang ramai.+ 37 Semua orang makan sehingga kenyang dan baki roti yang dikumpulkan oleh mereka telah mengisi tujuh buah bakul yang besar.+ 38 Jumlah orang yang makan ialah 4,000 orang lelaki, tidak termasuk wanita dan kanak-kanak.
-