PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 20:17-19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Dalam perjalanan ke Yerusalem, Yesus membawa 12 orang muridnya ke tepi dan berkata kepada mereka sahaja,+ 18 “Lihatlah! Kita sedang menuju ke Yerusalem. Di situ, Anak Manusia akan diserahkan kepada ketua-ketua imam dan para jurutulis hukum. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati atasnya.+ 19 Kemudian, mereka akan menyerahkannya kepada orang daripada bangsa lain dan dia akan diperolok-olokkan, dicambuk, dan dihukum bunuh pada tiang.+ Pada hari ketiga, dia akan dibangkitkan.”+

  • Markus 8:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Dia juga mula mengajar mereka bahawa Anak Manusia mesti dianiaya dengan teruk. Para pemimpin orang Yahudi, ketua imam, dan jurutulis hukum, tidak akan menerimanya. Dia akan dibunuh,+ tetapi tiga hari kemudian, dia akan dibangkitkan.+

  • Markus 9:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 kerana dia sedang mengajar murid-muridnya. Dia berkata kepada mereka, “Anak Manusia akan dikhianati dan diserahkan ke dalam tangan musuhnya lalu dibunuh. Walaupun mereka membunuhnya,+ tiga hari kemudian dia akan bangkit daripada kematian.”+

  • Lukas 9:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Dia juga berkata, “Anak Manusia mesti dianiaya dengan teruk. Para pemimpin orang Yahudi, ketua imam, dan jurutulis hukum, tidak akan menerimanya. Dia akan dibunuh,+ tetapi pada hari yang ketiga, dia akan dibangkitkan.”+

  • Lukas 18:31-33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Kemudian dia membawa 12 orang rasulnya ke tepi dan berkata kepada mereka, “Lihatlah! Kita sedang menuju ke Yerusalem, dan segala yang ditulis oleh para nabi mengenai Anak Manusia akan terjadi.+ 32 Misalnya dia akan diserahkan kepada orang daripada bangsa lain,+ diperolok-olokkan,+ dihina, dan diludahi.+ 33 Mereka akan mencambuknya dan kemudian membunuhnya,+ tetapi dia akan bangkit pada hari yang ketiga.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi