PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 24:15-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Sebaik sahaja kamu nampak benda jijik yang membawa kemusnahan yang disebut oleh Nabi Daniel berdiri di tempat yang suci+ (hendaklah pembaca menggunakan daya penilaian untuk memahami hal ini), 16 hendaklah mereka yang berada di Yudea melarikan diri ke kawasan pergunungan.+ 17 Hendaklah orang yang berada di bumbung rumah* tidak turun untuk mengambil barang dari rumah. 18 Begitu juga, hendaklah orang yang berada di ladang tidak balik untuk mengambil jubah luar. 19 Alangkah malangnya wanita yang hamil dan ibu yang menyusui bayi pada masa itu! 20 Teruslah berdoa agar kamu tidak perlu melarikan diri semasa musim sejuk atau pada hari Sabat,

  • Lukas 21:20-23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 “Namun, apabila kamu nampak Yerusalem dikepung oleh tentera,+ ketahuilah bahawa kota itu akan dimusnahkan dengan segera.+ 21 Pada masa itu, hendaklah mereka yang berada di Yudea melarikan diri ke kawasan pergunungan,+ dan hendaklah mereka yang berada di Yerusalem keluar dari sana. Mereka yang berada di kawasan pekan pula janganlah memasuki kota itu. 22 Hal ini demikian kerana itulah masanya Tuhan menjatuhkan hukuman* agar semua yang tertulis berlaku. 23 Alangkah malangnya wanita yang hamil dan ibu yang menyusui bayi pada masa itu!+ Negeri ini akan mengalami kesusahan yang besar dan umat ini akan dihukum.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi