PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 21:1-6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Kemudian Daud pergi kepada Imam Ahimelekh di Nob.+ Semasa Ahimelekh bertemu dengan Daud, dia gementar ketakutan lalu dia bertanya, “Mengapakah kamu datang seorang diri? Mengapakah tiada orang bersama kamu?”+ 2 Daud menjawab Imam Ahimelekh, “Raja menyuruh aku melakukan sesuatu, tetapi baginda berkata, ‘Janganlah beritahu sesiapa pun tentang tugas itu atau tentang arahan yang telah beta berikan kepadamu.’ Aku telah berjanji dengan anak buahku untuk bertemu di suatu tempat. 3 Jadi jika tuan mempunyai lima ketul roti atau apa saja makanan, berikanlah kepadaku.” 4 Imam itu berkata kepada Daud, “Di sini tiada roti biasa tetapi hanya ada roti yang suci.+ Kamu boleh memakannya asalkan anak buahmu tidak bersetubuh dengan wanita baru-baru ini.”+ 5 Daud berkata kepada imam itu, “Sebelum ini apabila kami keluar untuk berperang, kami memang tidak bersetubuh dengan wanita.+ Semasa menjalankan tugas biasa pun anak buahku suci, apalagi hari ini apabila kami menjalankan tugas yang istimewa!” 6 Maka imam itu memberikan roti yang suci kepada Daud+ kerana roti yang ada di situ hanyalah roti yang dipersembahkan kepada Tuhan. Roti itu telah diambil dari khemah suci Yehuwa untuk digantikan dengan roti baharu pada hari yang sama.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi