-
Matius 12:46-50Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
46 Sementara Yesus bercakap kepada orang ramai itu, ibu dan adik-adik lelakinya+ sedang berdiri di luar. Mereka ingin bercakap dengannya.+ 47 Jadi, ada orang memberitahu dia, “Lihatlah! Ibu dan adik-adik Guru sedang berdiri di luar dan ingin bercakap dengan Guru.” 48 Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Siapakah ibuku? Siapakah adik-adikku?” 49 Lalu Yesus menghulurkan tangannya ke arah murid-muridnya dan berkata, “Lihatlah! Ibuku dan adik-adikku!+ 50 Sesiapa yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga, dialah adik lelakiku, adik perempuanku, dan ibuku.”+
-
-
Lukas 8:19-21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 Ketika itu, ibu dan adik-adik lelaki Yesus+ datang kepadanya, tetapi mereka tidak dapat menghampirinya kerana orang di situ terlalu ramai.+ 20 Jadi, ada orang memberitahunya, “Ibu dan adik-adik Guru sedang berdiri di luar dan ingin berjumpa dengan Guru.” 21 Tetapi dia berkata kepada mereka, “Ibuku dan adik-adikku ialah orang yang mendengar firman Tuhan dan melakukannya.”+
-