-
Matius 1:1-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
1 Inilah kisah hidup* Yesus Kristus,* yang berasal daripada keturunan Daud+ dan Abraham:+
2 Abraham ialah bapa Ishak;+
Ishak ialah bapa Yakub;+
Yakub ialah bapa kepada Yehuda+ dan adik-beradiknya;
3 Yehuda ialah bapa Perez dan Zerah,+ dan ibu mereka ialah Tamar;
Perez ialah bapa Hezron;+
Hezron ialah bapa Ram;+
4 Ram ialah bapa Aminadab;
Aminadab ialah bapa Nahason;+
Nahason ialah bapa Salmon;
5 Salmon ialah bapa Boaz, dan ibu Boaz ialah Rahab;+
Boaz ialah bapa Obed, dan ibu Obed ialah Rut;+
Obed ialah bapa Isai;+
6 Isai ialah bapa Raja Daud;+
Daud ialah bapa Salomo,+ dan ibu Salomo ialah bekas isteri Uria;
7 Salomo ialah bapa Rehabeam;+
Rehabeam ialah bapa Abia;
Abia ialah bapa Asa;+
8 Asa ialah bapa Yehosafat;+
Yehosafat ialah bapa Yehoram;+
Yehoram ialah bapa Uzia;
9 Uzia ialah bapa Yotam;+
Yotam ialah bapa Ahas;+
Ahas ialah bapa Hizkia;+
10 Hizkia ialah bapa Manasye;+
Manasye ialah bapa Amon;+
Amon ialah bapa Yosia;+
11 Yosia+ menjadi bapa kepada Yekhonya+ dan adik-beradiknya semasa orang Yahudi dibuang negeri ke Babilon.+
12 Selepas orang Yahudi dibuang negeri ke Babilon, Sealtiel anak Yekhonya telah dilahirkan.
Sealtiel ialah bapa Zerubabel;+
13 Zerubabel ialah bapa Abihud;
Abihud ialah bapa Elyakim;
Elyakim ialah bapa Azur;
14 Azur ialah bapa Zadok;
Zadok ialah bapa Akhim;
Akhim ialah bapa Eliud;
15 Eliud ialah bapa Eleazar;
Eleazar ialah bapa Matan;
Matan ialah bapa Yakub;
16 Yakub ialah bapa Yusuf; Yusuf ialah suami Maria, iaitu ibu kepada Yesus+ yang digelar Kristus.+
17 Maka, terdapat 14 generasi dari Abraham sehingga Daud, 14 generasi dari Daud sehingga masa pembuangan ke Babilon, dan 14 generasi dari masa pembuangan ke Babilon sehingga Kristus.
-