-
Matius 8:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Apabila hari sudah petang, orang ramai membawa banyak orang yang dirasuk roh-roh jahat kepadanya. Yesus mengusir roh-roh jahat itu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkan semua orang sakit. 17 Dia berbuat demikian supaya nubuat Nabi Yesaya yang berikut menjadi kenyataan: “Dia menyembuhkan penyakit kita dan menanggung penderitaan kita.”+
-
-
Markus 1:32-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Pada lewat petang, selepas matahari terbenam, orang mula membawa sesiapa sahaja yang sakit dan dirasuk roh jahat kepadanya.+ 33 Semua penduduk kota berkumpul di pintu rumah itu, 34 lalu Yesus menyembuhkan ramai orang yang menghidap pelbagai penyakit+ dan mengusir banyak roh jahat. Dia tidak mengizinkan roh-roh jahat untuk mengatakan apa-apa, kerana mereka tahu bahawa dia ialah Kristus.*
-