PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 9:2-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Di situ, beberapa orang mengusung seorang lelaki yang lumpuh kepadanya. Semasa Yesus melihat iman mereka, dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Teguhkanlah hatimu, hai anakku. Dosamu sudah diampunkan.”+ 3 Beberapa orang jurutulis hukum di situ berkata sesama sendiri, “Orang ini menghina Tuhan.” 4 Yesus tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka.+ Maka dia berkata, “Mengapakah kamu memikirkan hal-hal yang jahat? 5 Manakah yang lebih mudah untuk dikatakan: ‘Dosamu sudah diampunkan,’ atau, ‘Bangunlah dan berjalanlah’?+ 6 Namun, untuk membuktikan kepada kamu bahawa Anak Manusia mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa di bumi—” dia berkata kepada orang lumpuh itu, “Bangunlah! Angkatlah usunganmu dan pulanglah.”+ 7 Lelaki itu pun bangun dan pulang ke rumahnya. 8 Semasa menyaksikan hal ini, orang ramai berasa sangat kagum. Mereka memuliakan Tuhan kerana memberikan kuasa sedemikian kepada manusia.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi