-
Yohanes 5:6-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Yesus nampak dia berbaring di situ dan tahu bahawa dia sudah lama sakit. Maka Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu ingin sembuh?”+ 7 Lelaki yang sakit itu menjawab, “Tuan, tiada sesiapa pun yang membantu aku masuk ke dalam kolam semasa air berkocak. Apabila aku hendak masuk, orang lain mendahului aku.” 8 Yesus berkata kepadanya, “Bangunlah! Angkat tikarmu,* dan berjalanlah.”+ 9 Pada saat itu juga, lelaki tersebut sembuh dan mengangkat tikarnya* lalu mula berjalan.
Hari itu ialah hari Sabat.
-