-
Matius 9:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Tiada orang yang mengambil kain baharu untuk menampal pakaian yang lama, kerana kain baharu itu akan mengecut dan mengakibatkan koyakan yang lebih besar.+ 17 Demikian juga, orang tidak akan menyimpan wain baharu dalam kirbat lama. Jika dia berbuat demikian, kirbat akan pecah, wain akan tumpah, dan kirbat itu pun rosak. Sebaliknya orang selalu menyimpan wain baharu dalam kirbat baharu, supaya kedua-duanya terpelihara.”
-
-
Markus 2:21, 22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Tiada orang yang mengambil kain baharu untuk menampal pakaian yang lama. Jika dia berbuat demikian, kain baharu itu akan mengecut dan mengakibatkan koyakan yang lebih besar pada pakaian lama itu.+ 22 Demikian juga, orang tidak akan menyimpan wain baharu di dalam kirbat lama. Jika dia berbuat demikian, kirbat akan pecah, wain akan tumpah, dan kirbat itu pun tidak dapat digunakan lagi. Sebaliknya orang selalu menyimpan wain baharu di dalam kirbat baharu.”
-