-
Imamat 24:5-9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 “Ambillah tepung gandum yang terbaik dan buatlah 12 ketul roti yang berbentuk gelang. Setiap ketul roti itu mesti dibuat daripada dua persepuluh efa* tepung. 6 Letakkanlah roti-roti itu di atas meja yang disaluti emas tulen,+ yang terletak di hadapan Aku, Yehuwa. Letakkanlah roti-roti itu dalam dua bahagian dan susunkannya secara berlapis-lapis, iaitu enam ketul pada setiap bahagian.+ 7 Bubuhlah kemenyan putih yang tulen pada bahagian atas setiap longgokan roti itu. Kemudian bakarlah kemenyan putih itu sebagai tanda bahawa semua roti itu sudah dipersembahkan kepada Aku, Yehuwa.+ 8 Pada setiap hari Sabat, roti-roti mesti diletakkan di hadapan Aku, Yehuwa.+ Hal ini merupakan suatu perjanjian yang kekal antara Aku dengan umat Israel. 9 Roti itu akan menjadi milik Harun dan anak-anak lelakinya.+ Mereka harus memakan roti itu di tempat yang suci,+ kerana roti itu diambil daripada korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. Roti itu merupakan sesuatu yang sangat suci. Mereka haruslah sentiasa mematuhi perintah ini.”
-