-
Matius 8:30-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Jauh dari situ, ada banyak babi yang sedang makan.+ 31 Roh-roh jahat itu merayu kepada Yesus, “Jika kamu hendak mengusir kami, izinkanlah kami masuk ke dalam babi-babi itu.”+ 32 “Pergilah!” kata Yesus kepada mereka lalu mereka keluar dan masuk ke dalam babi-babi itu. Kemudian, semua babi itu meluru ke arah tebing curam lalu terjun dan mati di dalam tasik. 33 Tetapi orang yang menjaga kawanan babi tersebut melarikan diri ke kota lalu memberitahu semua orang apa yang berlaku, termasuk apa yang terjadi kepada dua orang lelaki yang dirasuk itu. 34 Semua orang di kota keluar untuk mencari Yesus. Selepas mereka menjumpainya, mereka mendesaknya untuk meninggalkan kawasan mereka.+
-
-
Markus 5:11-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Ketika itu ada banyak babi+ yang sedang makan di gunung.+ 12 Jadi roh-roh jahat itu merayu kepadanya, “Izinkanlah kami masuk ke dalam babi-babi itu.” 13 Yesus pun mengizinkan mereka berbuat demikian lalu mereka keluar dan masuk ke dalam babi-babi itu yang jumlahnya kira-kira 2,000 ekor. Kemudian, semua babi itu meluru ke arah tebing curam dan terjun lalu mati lemas di dalam tasik. 14 Orang yang menjaga kawanan babi itu melarikan diri dan melaporkan hal itu di kota dan di desa. Maka orang ramai pun datang untuk melihat apa yang terjadi.+ 15 Mereka datang kepada Yesus dan nampak lelaki yang sebelumnya dirasuk legiun.* Mereka semua menjadi takut semasa melihatnya sedang duduk dan sudah berpakaian serta berfikiran waras. 16 Tambahan lagi, orang yang telah menyaksikan kejadian itu memberitahu mereka apa yang berlaku kepada lelaki yang dirasuk roh-roh jahat itu dan apa yang berlaku kepada kawanan babi itu. 17 Jadi mereka merayu kepada Yesus supaya meninggalkan kawasan mereka.+
-