-
Markus 8:27-30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
27 Selepas itu, Yesus dan murid-muridnya pergi ke pekan-pekan di Kaisarea Filipi. Dalam perjalanan, dia bertanya kepada murid-muridnya, “Menurut orang, siapakah aku?”+ 28 Mereka menjawab, “Ada yang berkata Yohanes Pembaptis,+ yang lain berkata Elia,+ dan ada juga yang berkata Guru ialah salah seorang nabi.” 29 Dia bertanya lagi kepada mereka, “Bagaimana pula dengan kamu? Menurut kamu, siapakah aku?” Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus.”+ 30 Kemudian dia melarang mereka memberitahu sesiapa pun tentangnya.+
-