-
Markus 9:2-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 Enam hari kemudian, Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, ke atas sebuah gunung yang tinggi. Hanya mereka berempat berada di situ. Rupa Yesus berubah di depan mereka;+ 3 dan jubah luarnya menjadi putih bersinar-sinar. Tiada sesiapa pun di bumi yang dapat membasuh kain sehingga menjadi lebih putih daripada itu. 4 Elia dan Musa juga muncul di depan mereka dan berbual-bual dengan Yesus. 5 Maka Petrus berkata kepada Yesus, “Rabbi, kami berasa sangat gembira kerana dapat berada di sini. Biarlah kami mendirikan tiga buah khemah: Satu untukmu, satu untuk Musa, dan satu untuk Elia.” 6 Sebenarnya Petrus tidak mengetahui apa yang harus dikatakan, kerana mereka berasa agak takut. 7 Kemudian, sekepul awan terbentuk dan meliputi mereka. Kedengaran suara dari awan itu yang berkata,+ “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi.+ Dengarkanlah dia.”+ 8 Namun semasa mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun kecuali Yesus.
-