-
Matius 12:43-45Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
43 “Semasa roh jahat keluar daripada seseorang, roh itu akan pergi ke tempat yang kering-kontang untuk mencari tempat rehat, tetapi tidak menemuinya.+ 44 Maka roh itu berkata, ‘Aku akan balik ke rumah yang telah aku tinggalkan.’ Roh itu pun balik dan mendapati rumah itu kosong, disapu bersih, dan dihias dengan cantik. 45 Roh itu kemudiannya pergi membawa tujuh roh lain yang lebih jahat daripadanya untuk memasuki orang itu dan tinggal di situ. Akhirnya, keadaan orang tersebut menjadi lebih buruk daripada keadaannya yang asal.+ Inilah yang akan berlaku kepada generasi yang jahat ini.”
-