-
Filipi 3:12-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Aku tidak bermaksud bahawa aku sudah menerima hadiah itu atau bahawa aku sudah menjadi sempurna. Kristus Yesus telah memilih aku untuk menerima hadiah itu,+ dan aku masih berusaha dengan bersungguh-sungguh+ agar aku dapat memperolehnya. 13 Saudara-saudara, aku tidak menganggap bahawa aku sudah memperoleh hadiah itu. Tetapi ada satu perkara yang aku lakukan: Melupakan perkara yang di belakang+ dan berusaha dengan gigih untuk mencapai perkara yang di hadapan.+ 14 Tuhan sudah memanggil aku melalui Kristus Yesus untuk menerima kehidupan di syurga,+ dan aku sedang berlari ke arah tujuanku, iaitu untuk menerima hadiah itu.+
-
-
1 Timotius 6:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Berjuanglah dalam perjuangan yang baik untuk mempertahankan iman kita, dan berpeganglah dengan teguh pada kehidupan kekal. Kamu dipanggil untuk menerima kehidupan ini, dan kamu telah membuat pengisytiharan yang baik di hadapan banyak saksi.
-