-
Imamat 26:31Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Aku akan menghancurkan kota-kota+ dan tempat-tempat suci kamu. Bau daripada korban yang kamu persembahkan tidak lagi menyenangkan hati-Ku.
-
-
1 Raja-Raja 9:7, 8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Aku akan mengusir orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepada mereka.+ Rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku.+ Aku akan memastikan bahawa mereka menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+ 8 Rumah ini akan menjadi timbunan batu+ dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang dan menggelengkan kepala* sambil bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+
-
-
Yeremia 22:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 “‘Tetapi jika kamu mengingkari firman-Ku ini, Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, ‘bahawa istana ini akan menjadi reruntuhan.’+
-