-
Markus 10:17-22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
17 Semasa Yesus meneruskan perjalanannya, seorang lelaki berlari ke arahnya dan berlutut di depannya sambil bertanya, “Guru yang Baik, apakah yang mesti aku lakukan agar aku dapat meraih kehidupan yang kekal?”+ 18 Yesus berkata, “Mengapakah kamu mengatakan bahawa aku baik? Tiada seorang pun yang baik kecuali Tuhan.+ 19 Kamu tahu hukum-hukum yang berikut: ‘Jangan membunuh,+ jangan berzina,+ jangan mencuri,+ jangan memberikan kesaksian palsu,+ jangan menipu,+ dan hormatilah ibu bapa kamu.’”+ 20 Lelaki itu berkata, “Guru, aku sudah mematuhi semua hukum ini sejak muda.” 21 Yesus memandang lelaki itu dengan penuh kasih dan berkata, “Terdapat satu lagi perkara yang perlu kamu lakukan: Pergilah dan juallah harta milik kamu lalu berikanlah wang itu kepada orang yang miskin. Dengan demikian, kamu akan mempunyai harta di syurga. Kemudian, marilah dan jadilah pengikutku.”+ 22 Tetapi lelaki itu berasa susah hati setelah mendengar jawapan itu. Dia pergi dari situ dengan sedih kerana dia memiliki banyak harta.+
-
-
Lukas 10:25-28Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Selepas itu, seorang lelaki yang arif dalam Hukum yang mencuba menguji Yesus berdiri lalu berkata, “Guru, apakah yang harus aku lakukan agar aku dapat meraih kehidupan yang kekal?”+ 26 Yesus menjawab, “Apakah yang tertulis dalam Hukum? Apakah yang kamu faham setelah membacanya?” 27 Lelaki itu menjawab, “‘Kamu mesti mengasihi Yehuwa,* Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa,* dengan segenap kekuatan, dan dengan segenap akal.’+ Selain itu, ‘kamu mesti mengasihi orang lain sepertimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’”+ 28 Yesus berkata kepadanya, “Jawapan kamu betul. Teruslah berbuat demikian dan kamu akan mendapat kehidupan kekal.”+
-