-
Matius 22:15-22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Lalu orang Farisi pergi dari situ dan berkomplot untuk memerangkap Yesus berdasarkan kata-kata yang diucapkannya.+ 16 Maka mereka mengutus murid-murid mereka bersama pengikut-pengikut Herodes+ untuk berkata kepada Yesus, “Guru, kami tahu bahawa Guru jujur dan mengajarkan jalan Tuhan berdasarkan kebenaran. Guru tidak pilih kasih dan tidak menghakimi seseorang berdasarkan penampilannya. 17 Oleh itu, menurut pandangan Guru, patutkah kita membayar cukai kepala kepada Kaisar?”* 18 Tetapi Yesus tahu bahawa mereka berniat jahat. Jadi dia berkata, “Hai orang yang bermuka dua, mengapakah kamu menguji aku? 19 Tunjukkanlah duit syiling yang kamu gunakan untuk membayar cukai kepala.” Mereka memberikan satu denari* kepadanya. 20 Maka dia bertanya kepada mereka, “Muka dan gelaran siapakah ini?” 21 Mereka menjawab, “Kaisar.” Dia berkata kepada mereka, “Jadi berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar, tetapi berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”+ 22 Apabila mereka mendengar jawapan itu, mereka berasa amat kagum. Mereka meninggalkan Yesus lalu pergi dari situ.
-