PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 22:41-46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 41 Sementara orang Farisi masih berkumpul, Yesus bertanya kepada mereka,+ 42 “Apakah pendapat kamu tentang Kristus? Dia itu anak siapa?” Mereka menjawab, “Dia anak Daud.”+ 43 Yesus berkata, “Kalau begitu, mengapakah Daud yang diilhami kuasa suci Tuhan+ memanggil dia Tuan? Daud berkata, 44 ‘Yehuwa* berfirman kepada Tuanku, “Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku meletakkan musuh-musuhmu di bawah kakimu.”’+ 45 Memandangkan Daud memanggil dia Tuan, bagaimana mungkin Kristus itu anak Daud?”+ 46 Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya. Sejak hari itu, tiada sesiapa lagi yang berani menanyakan apa-apa soalan kepadanya.

  • Markus 12:35-37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 35 Semasa Yesus sedang mengajar di Rumah Tuhan, dia bertanya, “Mengapakah jurutulis hukum mengatakan bahawa Kristus ialah anak Daud?+ 36 Daud yang diilhami kuasa suci Tuhan+ berkata, ‘Yehuwa* berfirman kepada Tuanku, “Duduklah di sebelah kanan-Ku sehingga Aku meletakkan musuh-musuhmu di bawah kakimu.”’+ 37 Memandangkan Daud memanggil dia Tuan, bagaimana mungkin Kristus itu anak Daud?”+

      Orang ramai di situ mendengar kata-kata Yesus dengan senang hati.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi