-
Markus 12:43, 44Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
43 Yesus memanggil murid-muridnya lalu berkata kepada mereka, “Ketahuilah: Apa yang dimasukkan oleh balu yang miskin ini lebih banyak daripada wang yang dimasukkan oleh semua orang ke dalam peti sumbangan.+ 44 Hal ini demikian kerana semua orang lain memberikan persembahan daripada lebihan kekayaan mereka, tetapi wanita ini, walaupun dia sangat miskin, dia memberikan segala nafkah hidup yang ada padanya.”+
-
-
2 Korintus 8:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Seseorang yang memberi dengan rela hati sangat diperkenankan Tuhan, kerana Tuhan mahu seseorang memberi berdasarkan apa yang dimiliki,+ bukan apa yang tidak dimiliki.
-