PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 21:45, 46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 45 Setelah mendengar perumpamaan-perumpamaan itu, barulah ketua-ketua imam dan orang Farisi tahu bahawa Yesus sedang bercakap tentang mereka.+ 46 Meskipun mereka mahu menangkap Yesus, mereka takut kepada orang ramai yang menganggapnya sebagai seorang nabi.+

  • Matius 26:3-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Selepas itu, ketua-ketua imam dan para pemimpin orang Yahudi berkumpul di halaman rumah Imam Agung Kayafas.+ 4 Mereka berkomplot+ untuk menangkap Yesus dengan cara yang licik dan membunuhnya. 5 Tetapi mereka berkata, “Kita tidak patut melakukannya semasa perayaan supaya orang ramai tidak menimbulkan huru-hara.”

  • Markus 14:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Dua hari lagi, Perayaan Paska*+ dan Perayaan Roti Tidak Beragi+ akan berlangsung.+ Para ketua imam dan jurutulis hukum mencari jalan untuk menangkap Yesus dengan cara yang licik dan membunuhnya.+ 2 Mereka asyik berkata, “Kita tidak patut melakukannya semasa perayaan kerana orang ramai mungkin menimbulkan huru-hara.”

  • Lukas 20:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Para jurutulis hukum dan ketua imam sedar bahawa perumpamaan Yesus ditujukan kepada mereka. Oleh itu, mereka mencuba menangkapnya pada masa itu juga tetapi mereka takut kepada orang ramai.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi