PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Mazmur 110:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 110 Yehuwa berfirman kepada Tuanku,

      “Duduklah di sebelah kanan-Ku+

      Sehingga Aku menjadikan musuh-musuhmu sebagai alas kakimu.”+

  • Matius 26:64
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 64 Yesus berkata kepadanya, “Kamu sendiri yang mengatakannya. Namun aku berkata kepada kamu semua: Mulai sekarang, kamu akan melihat Anak Manusia+ datang atas awan di langit+ dan duduk di sebelah kanan+ Dia Yang Berkuasa.”

  • Markus 14:62
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 62 Maka Yesus menjawab, “Ya, dan kamu semua akan melihat Anak Manusia+ datang atas awan di langit+ dan duduk di sebelah kanan Dia Yang Berkuasa.”+

  • Kisah 2:32, 33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 32 Yesus inilah yang dibangkitkan oleh Tuhan, dan kami semua menjadi saksi dalam hal ini.+ 33 Oleh sebab dia ditinggikan ke sebelah kanan Tuhan+ dan sudah menerima kuasa suci yang dijanjikan oleh Bapa,+ dia mencurahkan kuasa suci itu yang kamu nampak dan dengar sekarang.

  • Kisah 7:55
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 55 Tetapi Stefanus dipenuhi kuasa suci Tuhan. Dia menengadah ke langit dan nampak kemuliaan Tuhan. Dia juga nampak Yesus berdiri di sebelah kanan Tuhan.+

  • Roma 8:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Siapakah yang dapat menghukum mereka? Tiada sesiapa pun yang dapat berbuat demikian kerana Kristus Yesus telah mati, dibangkitkan daripada kematian, dan kini berada di sebelah kanan Tuhan.+ Dialah yang akan merayu bagi pihak kita.+

  • Kolose 3:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jika kamu dibangkitkan bersama Kristus,+ teruslah mencari perkara-perkara di syurga, di tempat Kristus sedang duduk di sebelah kanan Tuhan.+

  • Ibrani 1:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Anak ini mencerminkan kemuliaan Tuhan+ dan merupakan gambaran tepat bagi Tuhan.+ Dia memelihara segala sesuatu melalui firman Tuhan yang berkuasa. Selepas dia menyucikan kita daripada dosa,+ dia duduk di syurga di sebelah kanan Tuhan Yang Agung.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi