-
Markus 15:40, 41Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
40 Di situ ada juga wanita-wanita yang sedang memandang dari jauh, termasuk Maria Magdalena, Maria, iaitu ibu kepada Yakobus Kecil dan Yoses, dan juga Salome.+ 41 Merekalah yang selalu mengikut Yesus dan menolongnya+ semasa dia berada di Galilea. Selain itu, ada ramai lagi wanita yang telah datang ke Yerusalem bersama Yesus.
-
-
Lukas 8:2, 3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 dan beberapa orang wanita yang telah dibebaskan daripada roh-roh jahat dan disembuhkan daripada penyakit. Antara mereka termasuk Maria yang dipanggil Magdalena, yang telah dibebaskan daripada tujuh roh jahat; 3 Yohana,+ iaitu isteri kepada pengurus rumah tangga Herodes yang bernama Khuza; Susana; dan banyak lagi wanita lain. Mereka semua menggunakan harta milik mereka untuk menolong Yesus dan rasul-rasulnya.+
-