-
Matius 28:5-7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita tersebut, “Janganlah takut. Aku tahu bahawa kamu sedang mencari Yesus yang dihukum bunuh pada tiang.+ 6 Dia tidak ada di sini. Seperti yang dikatakannya, dia sudah dibangkitkan.+ Marilah dan lihatlah tempat mayatnya diletakkan. 7 Selepas itu, cepatlah pergi dan beritahulah murid-muridnya bahawa dia sudah dibangkitkan daripada kematian. Sekarang dia dalam perjalanan ke Galilea,+ dan kamu akan menjumpainya di sana. Ingatlah akan apa yang aku katakan kepada kamu.”+
-
-
Markus 16:5-7Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Semasa mereka masuk ke dalam makam, mereka terkejut kerana nampak seorang pemuda yang berjubah putih sedang duduk di sebelah kanan makam. 6 Dia berkata kepada mereka, “Janganlah takut.+ Aku tahu bahawa kamu sedang mencari Yesus orang Nasaret yang dihukum bunuh pada tiang. Dia sudah dibangkitkan.+ Dia tidak ada di sini. Lihat! Di sinilah mereka meletakkan mayatnya.+ 7 Pergilah dan beritahulah Petrus dan murid-murid Yesus, ‘Sekarang dia dalam perjalanan ke Galilea,+ dan kamu akan menjumpainya di sana, seperti yang telah dikatakannya kepada kamu.’”+
-