PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 18:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Aku akan melantik seorang nabi seperti engkau daripada kalangan saudara-saudaramu.+ Aku akan menyampaikan firman-Ku kepadanya,+ dan dia akan menyampaikan segala perintah-Ku kepada mereka.+

  • Lukas 7:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Lelaki yang mati itu pun duduk dan mula bercakap. Kemudian, Yesus menyerahkan lelaki tersebut kepada ibunya.+ 16 Semua orang di situ berasa takut dan mula memuliakan Tuhan dengan berkata, “Seorang nabi yang agung telah muncul dalam kalangan kita,”+ dan, “Tuhan berbelas kasihan terhadap umat-Nya.”+

  • Yohanes 3:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Dia datang kepada Yesus pada waktu malam+ dan berkata, “Rabbi,+ kami tahu bahawa Rabbi diutus oleh Tuhan sebagai guru, kerana tiada sesiapa pun yang dapat melakukan mukjizat+ seperti yang Rabbi lakukan kecuali Tuhan menyertainya.”+

  • Yohanes 6:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Ketika orang ramai melihat mukjizat yang dilakukannya, mereka berkata, “Sememangnya dialah Nabi yang dinubuatkan akan datang ke dunia.”+

  • Kisah 2:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 “Orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus, orang Nasaret itu, diutus oleh Tuhan. Kamu sendiri tahu tentang mukjizat, tanda, dan keajaiban, yang dilakukan oleh Tuhan melaluinya dalam kalangan kamu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi