PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 12:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Daripada seluruh wilayah semua suku kamu, Yehuwa, Tuhan kamu, akan memilih satu tempat untuk menjadi tempat kediaman-Nya dan tempat untuk memuliakan nama-Nya. Pergilah dan sembahlah Tuhan di tempat yang dipilih-Nya itu.+ 6 Bawalah korban bakar+ dan korban-korban lain kamu, sumbangan+ dan persepuluhan kamu,+ korban sukarela+ dan persembahan yang kamu berikan untuk menunaikan ikrar, serta anak sulung ternakan kamu,+ ke tempat itu.

  • 1 Raja-Raja 9:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Yehuwa berfirman, “Aku telah mendengar doamu dan permohonanmu yang telah engkau ucapkan di hadapan-Ku. Aku telah menyucikan rumah yang engkau bina dengan meletakkan nama-Ku secara kekal di situ.+ Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.+

  • 2 Tawarikh 7:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kemudian Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo+ pada waktu malam lalu berfirman kepadanya, “Aku telah mendengar doamu, dan Aku telah memilih tempat ini sebagai tempat khas untuk mempersembahkan korban kepada-Ku.+

  • Mazmur 122:penerangan-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • Mazmur Orang yang Naik ke Kota. Digubah oleh Daud.

      122 Aku bersukacita semasa orang berkata kepadaku,

      “Marilah kita pergi ke Rumah Yehuwa.”+

       2 Sekarang, hai Yerusalem,

      Kami sudah tiba dan berdiri di pintu gerbangmu.+

       3 Yerusalem dibina sebagai sebuah kota

      Yang bangunan-bangunannya tersusun padat.+

       4 Ke sinilah suku-suku milik Yah* akan datang,

      Untuk memuji nama Yehuwa.

      Ya, semua suku datang ke sini,

      Seperti yang diperintahkan kepada umat Israel.+

       5 Di sinilah letaknya takhta penghakiman;+

      Di sinilah letaknya takhta keturunan Daud.+

       6 Berdoalah agar kota Yerusalem aman damai.+

      Hai Yerusalem, mereka yang mencintaimu akan hidup tenteram.

       7 Semoga kesejahteraan sentiasa terdapat di dalam wilayahmu;*

      Semoga keamanan selalu ada di dalam kawasanmu.*

       8 Demi kebaikan saudara dan sahabatku, aku akan berkata,

      “Semoga engkau sejahtera.”

       9 Demi kebaikan Rumah Yehuwa, Tuhan kita,+

      Aku akan berdoa untuk kemakmuranmu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi