-
Lukas 9:14-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Ada kira-kira 5,000 orang lelaki di situ, jadi Yesus berkata kepada murid-muridnya, “Suruhlah mereka duduk secara berkumpulan, kira-kira 50 orang dalam setiap kumpulan.” 15 Mereka mengikut arahannya dan menyuruh semua orang duduk. 16 Selepas itu, Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu lalu menengadah ke langit dan mengucapkan syukur.* Kemudian, dia membahagikan roti itu dan memberikan roti dan ikan kepada murid-muridnya untuk diedarkan kepada orang ramai. 17 Semua orang makan sampai kenyang dan baki roti yang dikumpulkan oleh mereka telah mengisi 12 buah bakul.+
-