-
Markus 6:47-51Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
47 Perahu murid-muridnya sudah berada di tengah-tengah tasik apabila matahari terbenam, tetapi Yesus masih berada di darat seorang diri.+ 48 Sebelum fajar menyingsing,* dia nampak mereka bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah yang bertentangan. Maka dia berjalan di atas air ke arah mereka, seolah-olah dia mahu lalu di hadapan mereka sahaja. 49 Apabila mereka nampak bayang-bayang seorang lelaki berjalan di atas air, mereka menjerit. 50 Mereka semua berasa takut setelah melihatnya. Tetapi Yesus segera berkata, “Ini aku. Janganlah takut!”+ 51 Apabila dia masuk ke dalam perahu bersama mereka, angin pun reda. Mereka sangat hairan,
-