-
Matius 8:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Tiba-tiba, ribut kencang bertiup di tasik dan perahu mereka dipukul ombak sehingga hampir tenggelam. Tetapi Yesus masih tidur.+
-
-
Matius 14:24-33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Pada masa itu, perahu murid-muridnya sudah beratus-ratus meter* jauhnya dari darat, dan diumbang-ambingkan ombak kerana angin bertiup dari arah yang bertentangan. 25 Tetapi sebelum fajar menyingsing,* Yesus berjalan di atas air dan menghampiri mereka. 26 Apabila murid-muridnya nampak bayang-bayang seorang lelaki berjalan di atas air, mereka berasa takut lalu menjerit. 27 Dengan segera, Yesus berkata, “Ini aku. Janganlah takut!”+ 28 Petrus berkata kepadanya, “Jika kamu benar-benar Tuan, suruhlah aku berjalan di atas air kepada Tuan.” 29 “Marilah,” jawab Yesus. Petrus keluar dari perahu dan mula berjalan di atas air menuju ke arah Yesus. 30 Tetapi apabila Petrus melihat ke arah ribut, dia berasa takut. Semasa dia mula tenggelam, dia berseru, “Tuan, selamatkanlah aku!” 31 Yesus segera menghulurkan tangannya lalu memegangnya dan berkata, “Alangkah kecilnya imanmu! Mengapa kamu ragu-ragu?”+ 32 Selepas mereka berdua naik ke dalam perahu, ribut pun reda. 33 Murid-murid Yesus di dalam perahu sujud kepadanya sambil berkata, “Sememangnya Guru ialah Anak Tuhan.”
-