-
1 Korintus 15:51, 52Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
51 Lihatlah! Aku memberitahu kamu rahsia suci ini: Bukan semua orang dalam kalangan kita yang akan tidur dalam kematian. Sebaliknya, kita semua akan diubah+ 52 dalam masa yang singkat, iaitu dalam sekelip mata. Hal itu akan berlaku semasa trompet yang terakhir dibunyikan.+ Ketika trompet itu dibunyikan, kita akan diubah dan orang mati juga akan dibangkitkan lalu diberi tubuh yang tidak dapat musnah.
-