PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 21:8, 9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Musa, “Buatlah sebuah patung ular berbisa dan letakkannya pada sebatang tiang. Jika seseorang dipatuk ular, orang tersebut mesti memandang patung ular itu supaya dia tidak mati.” 9 Musa pun segera membuat sebuah patung ular daripada tembaga+ lalu meletakkannya pada sebatang tiang.+ Jika seseorang dipatuk ular, orang tersebut tidak akan mati sekiranya dia memandang ular tembaga itu.+

  • Daniel 7:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 “Kemudian dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak seseorang yang kelihatan seperti anak manusia.+ Dia datang diliputi awan di langit, lalu diizinkan untuk menghadap Dia Yang Lanjut Usia.+ Anak manusia itu dibawa ke hadirat Dia Yang Lanjut Usia,

  • Matius 26:64
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 64 Yesus berkata kepadanya, “Kamu sendiri yang mengatakannya. Namun aku berkata kepada kamu semua: Mulai sekarang, kamu akan melihat Anak Manusia+ datang atas awan di langit+ dan duduk di sebelah kanan+ Dia Yang Berkuasa.”

  • Yohanes 3:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Sepertimana Musa menggantungkan ular pada sebatang tiang di padang belantara,+ begitu juga Anak Manusia mesti digantungkan,*+

  • Yohanes 12:32, 33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 32 Namun, semasa aku digantungkan,*+ aku akan memimpin segala macam orang kepadaku.” 33 Sebenarnya dia berkata demikian untuk menunjukkan cara dia akan mati.+

  • Galatia 3:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Kristus telah membeli kita.+ Dia membebaskan kita+ daripada kutukan Hukum dengan menjadikan dirinya sebagai orang yang terkutuk untuk menggantikan kita, kerana ada tertulis, “Terkutuklah setiap orang yang digantungkan pada tiang.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi