2 Dia datang kepada Yesus pada waktu malam+ dan berkata, “Rabbi,+ kami tahu bahawa Rabbi diutus oleh Tuhan sebagai guru, kerana tiada sesiapa pun yang dapat melakukan mukjizat+ seperti yang Rabbi lakukan kecuali Tuhan menyertainya.”+
38 Tetapi jika aku melakukannya, percayalah kepada perbuatanku+ meskipun kamu tidak percaya kepadaku. Dengan ini kamu akan faham dan tetap percaya bahawa Bapa bersatu dengan aku dan aku bersatu dengan Bapa.”+
10 Tidakkah kamu percaya bahawa aku bersatu dengan Bapa dan Bapa bersatu dengan aku?+ Apa yang aku katakan kepada kamu semua, tidak datang daripada diriku sendiri.+ Tetapi Bapa yang sentiasa bersatu dengan aku melakukan kerja-Nya menerusi aku.
22 “Orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Yesus, orang Nasaret itu, diutus oleh Tuhan. Kamu sendiri tahu tentang mukjizat, tanda, dan keajaiban, yang dilakukan oleh Tuhan melaluinya dalam kalangan kamu.+